Cara-cara Make Up/trick yang berkesan untuk menambahkan lagi kejelitaan anda.
Kami kongsikan pada anda cara mekap yang betul bagi memastikan mata anda nampak lebih galak/besar. Ikut step yang ditunjukkan.
Cuba eyeliner berwarna lain
Memilih eyeliner tak perlu memilih warna hitam saja. Anda boleh cuba warna lain seperti hijau, biru atau coklat untuk memberikan mata anda kelihatan berbeza dan menyesuaikan dengan busana atau aksesori yang anda pakai.
Pakai shimmery eye shadow
Untuk memberikan kesan mata yang lebih lebar dan besar, sebaiknya pakai eye shadow shimmery pada kelopak mata. Warna-warna glitter memberikan kesan mata lebih segar dan lebih glamour.
Highlight pada garis mata
Berikan garis pada bawah mata dengan warna highlight. Kali ini pilih saja warna putih dan pakai pada lingkaran dalam mata. Kemudian baru di bahagian luar disusun dengan eyeliner hitam.
Eyeshadow brow bones
Pakai eyeshadow berwarna terang di bahagian tulang kening untuk memberikan kesan mata yang lebih galak. Warna-warna highlight ini membuatkan mata lebih segar dan menggalakkan mata.
Concealer
Pakai concealer di bahagian bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam di mata.
Bulu mata
Beli alat klip mata sehingga bulu mata boleh terangkat dan membuatnya lebih lentik. Bulu mata ini yang akan membantu mengalihkan perhatian sehingga membuat orang merasa mata anda nampak lebih besar.
Pakai softlense
Trend masa kini adalah memakai softlense sehingga membuatkan mata jadi lebih bening dan bulat. Helah ini juga sekaligus membuatkan mata anda nampak besar, galak. Pilih saja warna-warna coklat atau hitam sehingga memberikan kesan mata yang menarik.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana cara-cara untuk menambahkan lagi kejelitaan anda dengan memuat turun video dibawah. Method yang digunakan dalam rakaman video adalah tersendiri dan ianya sangat berkesan kepada kaum wanita yang mahukan kecantikan yang asli dan sejati.
Download :
Please use firefox browser
Follow instruction inside the RAR
Play this video in your PC/Laptop. Not available for android